Rabu, 19 Disember 2012

MAKSUD CINTA DARIPADA ALLAH


Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:
“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”
dari hadis ini, terdapat beberapa point penting iaitu:
1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.
2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti Khamar atau mengharamkan yang halal
3. Mendahulukan cinta  kepada Allah dan rasul-Nya, mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasulNya lebih kuat baginya daripada hak ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua manusia. Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam, mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah. 

KEBURUKAN FACEBOOK


  1. Keburukan Facebook yang pertama ialah ianya menyebabkan golongan pekerja kurang produktif. Bayangkanlah, masa kerja bermain facebook. Chat, bermain game dan sebagainya. Kerja pula tertanggung. Syarikat nak block facebook kat office, mustahil, sekarang nih macam-macam software boleh digunakan untuk menyaaktifkan sekatan. Tapi, bukan semua gologan pekerja bermain facebook semasa berkerja.
  2. Keburukan Facebook yang kedua ialah ianya boleh menyebabkan krisis rumahtangga atau krisis percintaan. Bayangkanlah, sudah berkahwin tetapi mengaku bujang. Mengaku bujang takpe, nih ada yang sampai ber sayang sayang. Bila pasangan mendapat tahu, bermulalah krisis. Akhirnya berlaku perpisahan.
  3. Keburukan yang ketiga ialah menyebabkan pergaduhan dan menggugat keselamatan. Contohnya dalam isu politik. Isu politik kerap kali dibawa masuk ke dalam facebook. Maki memaki, ugut mengugut dan sebagainya.
  4. Keburukan yang keempat ialah facebook digunakan sebagai medium untuk menfitnah atau menjatuhkan maruah orang lain. Sekarang ini berleluasa, fanpage facebook dibuka hanya untuk memburuk-burukkan individu tertentu.
  5. Keburukan yang kelima ialah facebook digunakan sebagai medium penipuan. Di malaysia saja, banyak kes yang berlaku. contohnya, kes warga Nigeria menipu wang wanita kesepian dan macam-macam lagi.

Selasa, 16 Oktober 2012

Kelebihan Senyum

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka - Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Cintaku MYDA


AKU SANGAT MENCINTAINYA...
CINTA KU HANYA UNTUK NYA,INSYAALLAH AKU DIJODOHKAN BERSAMANYA DISATU HARI NANTI,DAN MOGA HUGUNGAN AKU DGNYA KEKAL ABADI SELAMAYA..KERANA AKU MENCINTAI SETULUS HATIKU..YA ALLAH,KUATKANLAH CINTA KU DENGANYA,DAN KUATKANLAH CINTANYA DENGANKU...AMIIN YA RABBAL A'LAMIIN...HARI INI, DIA BAGI TAHU DGN AKU YANG DIA SURUH AKU CARI PEREMPUAN LAIN,SEMPAT DIANYA TIDAK LAYAK BUATKU.(KERANA AKU TERLALU BAIK BAGINYA) ..HATIKU TERLALU SEDIH DISAAT DIA MENGATAKAN SEBEGITU RUPA...........

Bercinta, ikutlah cara Islam


Buat rakan-rakan yang masih lagi leka memanjang dengan bercinta, bermanja, bersembang siang malam, sayang, miss u, kongsi gambar, video, lihat Aurat atau lebih lagi, bebas bersentuhan, berkhalwat, berjalan kesana kemari. Sembarangan berputus dengan yang ini, bermain dengan yang ini, dan yang parah lagi dengan sudah biasa Berzina. Banyak-banyakkanlah berfikir, matangkan, waraskan fikiran Sebentar. Kita bukan kekal dalam kedaan sebegini, sudah tentu kita pasti akan/ingin Berkahwin juga. Kahwin bukan tujuan "seks" semata-mata. Terlalu banyak perkara yang perlu difikir. Banyak Hukum, undang-undang Rumahtangga perlu diketahui, dititiberatkan. Dan kita sebenarnya sudah/dapat mampu, faham segalanya, namun usia, nikmat Muda ini melenakan Kita

Bangkit, sedarlah temanku. Tinggallah adat yang Salah itu. Kebiasaan, Kesukaan dengan keadaan sebegitu punyai banyak kesan yang Besar, Buruk kelak selepas Kahwin. Pada Anak, Rumahtangga dan Diri kita sendiri, kita perlu bentuk, Tarbiyyah dari awal lagi. Marilah kita mengikut acuan, cara yang telah digaris Islam, segalanya amat sempurna, cantik dilihat. Apa yang dilarang Islam, telah jelas zahir keburukannya dan Apa yang diseru Islam, telah jelas zahir kebaikannya. Mari kita Yakini. Kita gembira, bahagia, Allah redha, kasih, pelihara.

Banyak yang perlu difahami lagi. Islam bukan melarang, mengharamkan segalanya. Artikel Dr Asri (DRMAZA) dibawah ini perlu kita baca, Fahaminya.

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?

Disini saya sertakan sedikit komen, tambahan dari sahabat Fb saya tentang Artikel Dr Asri ini, katanya: 

Cinta itu fitrah, tindakan kita akan memandu Cinta kita ke Syurga atau Neraka. Kita mampu berkahwin, lalu memilih Perkahwinan untuk merealisasikan Cinta kita, maka pahalah untuk kita.


Katanya: [Jangan perguna Artikel di atas (Dr Asri) untuk memadu asmara atau bermanja-manja dengan si Dia yang bukan suami mahupun isterimu!]

Kita tidak mampu berkahwin, lalu kita memilih untuk berusaha mnjaga Diri kita, mengawal perasaan kita, tidak memadu asmara, usahkan berzina ber 'I miss you, I love you' pun kita hindar. Kita tidak menyibukkan Diri dengan bermanja-manja atau berhubung dengan si Dia. Cinta itu hanya terpateri di dalam Hati. Iman yang ada mengawal Diri, sekali terpandang, menunduk Diri, terbias di Hati, segera istighfar di Hati. Insya' allah, baik buat kita. Untuk seorang Mukmin, semuanya Baik, samaada dia Syukur atau Sabar. Dapat Nikah, syukur, tak dapat Nikah sabar :) Nice kan cara Islam.

Sabtu, 13 Oktober 2012

BATAS LELAKI & WANITA



Mengikut kata Al- Quran dan Hadith.


“Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan dada mereka”

 (an-Nur : 31)
 “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka

 supaya mereka lebih mudah di kenal orang, kerana itu, mereka tidak di ganggu” (al-Ahzab : 59) 
 “Hai anak kerurunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.” (al-Ahzab : 26)
 “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangannya.”

 (Hadith Riwayat Abu Daud)